Suasana
KAMPUS yang selesa. Suasana
persekitaran yang selesa dan terkawal. pihak Bestech telah menyediakan
satu suasana yang kondusif dan terlindung daripada anasir-anasir yang
kurang baik. Para pelajar mampu memberikan perhatian yang lebih baik di
samping menjalankan latihan yang diberikan dengan selesa. Kemudahan penginapan
yang disediakan juga terletak di dalam kawasan kampus yang sama bagi menjamin
keselamatan para pelajar.
PENSYARAH
yang berpengalaman.
Pensyarah-pensyarah yang mengedalikan kelas merupakan mereka yang berpengalaman
dan berkelulusan dalam bidang masing-masing. Bahkan mereka juga telah mempunyai
pengalaman kerja sebelum menjadi tenaga pengajar. Ini telah memberikan kelebihan
kepada mereka untuk berkongsi pengalaman yang berharga kepada para pelajar
bimbingan mereka.
Yuran
pengajian TERENDAH.
Dengan yuran serendah RM 2250.00 bagi satu tahap, pihak kami sangat yakin
para pelajar kami mampu untuk menanggung kos tersebut. Ini ditambah lagi
dengan skim pinjaman tanpa faedah yang disediakan oleh pihak Bestech dengan
kerjasama oleh One Step Management Consultant Sdn. Bhd. dimana para pelajar
hanya perlu membayar serendah RM 100.00 (seratus) sahaja sebulan.
DANA
PENDIDIKAN oleh Bestech.
Pihak bestech yang mana melalui mesyuarat pengurusannya pada 15 Ogos 2003
juga telah bersetuju untuk menyediakan dana pendidikan sebanyak RM 20,000.00
kepada para pelajar yang dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang. Ia
merupakan satu bentuk biasiswa, ataupun pinjaman boleh ubah samada 50%,
25% dan yuran pendaftaran dikembalikan.
Kelas
berhawa dingin dan selesa. Semua kelas, makmal, bengkel, bilik
seminar dan ballroom yang disediakan berhawa dingin dan selesa. Ini kerana
kami ingin menjamin para pelajar kami agar selesa dalam pembelajaran mereka.
Teknik
dan kaedah pembelajaran yang mudah di fahami.
Hasil daripada kajian dan pengalaman daripada para tenaga pengajar dan
pentadbir, satu kaedah yang mudah dan menarik telah dihasilkan dan ia
telah terbukti membantu para pelajar yang mengikuti kursus-kursus anjuran
kami.
70%
pembelajaran secara praktikal. Kaedah pembelajaran yang diperkenalkan
oleh pihak MLVK telah memberikan ruang yang luas kepada para pelajar untuk
mempraktikkannya dalam pembelajaran harian mereka. Oleh itu pihak kami
telah menyediakan pelbagai peralatan yang diperlukan agar mereka mendapat
pendedahan yang terbaik sebelum melangkah kealam pekerjaan.
Pihak
kami juga membantu para lulusan kami mendapatkan pekerjaan.
Pihak kami tidak menjanjikan setiap pelajar bakal mendapat pekerjaan tetapi
pihak bestech telah dan akan terus berusaha keras bagi mendapatkan mereka
pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Setakat ini pihak bestech
percaya melalui pemantauan bahawa hampir keseluruhan lulusan bestech telah
mendapat pekerjaan ataupun telah menyambung ke peringkat yang lebih tinggi.