Engku Mohd Azri Bin Engku Haji Abdul Rahman telah menamatkan pengajian dalam bidang Ilmu Wahyu dan Warisan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1996.
Beliau
juga telah dilantik sebagai Pengarah Urusan kepada tiga buah anak syarikat
Koperasi
Belia Islam Berhad iaitu Caltech Automotive Sdn. Bhd., Caltech Hair &
Beauty Academy Sdn. Bhd. dan Caltech Fashion Sdn. Bhd. Beliau juga diberi
kepercayaan oleh Koperasi Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Terengganu
sebagai Perunding Pembangunan Perniagaan.
Pada usia 31 tahun, beliau telah membuktikan keupayaan beliau dengan menerajui anak- anak syarikat yang lain yang telah menjalankan operasi dalam pelbagai bidang berlainan bagi menunjukan bahawa ilmu, kemahuan dan kemahiran bakal membentuk personaliti yang berkeyakinan tinggi.
Beliau juga bertindak selaku salah seorang penceramah terutamanya dalam kerja berpasukan, pengurusan dan pembinaan insan. Antara syarikat yang pernah dikendalikan termasuk RENONG Bhd, PLUS, POS Malaysia Berhad dan pelbagai syarikat korporat yang lain. Selepas lebih setahun menimba pengalaman di IMAD, beliau mengorak langkah dengan menubuhkan One Step Management Services pada Jun 1998.
Bermula
daripada langkah pertama itu, beliau mula melebarkan sayap perniagaan dengan
menubuhkan syarikat-syarikat yang lain iaitu Bestari Net Computer Sdn. Bhd.
, Bestari Net Technology (M) Sdn. Bhd., Azri Zainal
Network (M) Sdn. Bhd. dan Azri Zainal Holdings (M) Sdn. Bhd. Beliau sering
menerima jemputan termasuk daripada RTM, Badan Korporat, Institusi Kerajaan
dan Swasta, Institut Pengajian Tinggi dan sekolah- sekolah. Antara topik yang
selalu disentuh ialah berkaitan kerjaya, pembinaan kerja berpasukan, personaliti,
motivasi dan kemahiran berkomunikasi serta pemasaran dan khidmat pelanggan.